THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Pages

Tuesday, February 24, 2015

Matlamat kemana?

Baru baru ni ada orang post dekat group facebook, katanya drop no fon di ruangan komen untuk join group whatsapp usrah.  MasyaAllah sungguh mulia hati hamba Allah yg seorang ini.  Aku yg kontang dengan ilmu agama, dan liat nak ke kuliah2 agama, terdetik ada baiknya aku join group whatsapp usrah. Alhamdulillah menjadi antara 100 org yg bertuah masuk dalam group usrah ni.  Kesemua disambut baik, dan pada hemat saya, niat admin amat mulia.

Tetapi, aku hampa apabila segelintir individu mencelarukan matlamat atau objektif group usrah ni.  Terlalu banyak sembang kosong (sembang ttg pergi ke majlis kenduri, upload gmbar selfie dan sbg) pada hari pertama group ni ditubukan. 

Ada pula yg mencadangkan untuk berurus niaga/ mempromosi barangan dalam group usrah ini pada hujung minggu.  Sedih.  Group usrah yg sepatutnya kita berkongsi tazkirah, hadith2 sohih dan sbgnya dijadikan medium bersosial dan berniaga.

Aku tidak mengatakan bersosial atau berurus niaga suatu perkara yg tidak elok.  Pokoknya, mereka boleh buka satu group bersosial dgn menjaga batas masing2 ataupun group perniagaan tersendiri.  Group usrah telah disalahgunakan.

Mungkin hati terdetik "kalau tak mahu sudah, leave je la group tu.." 

Tapi bagaimana jika majoriti group2 seperti group usrah berterusan disalahgunakan?

Apa orang yg ketandusan ilmu agama seperti aku tidak kehausan rohani?  

Moga Allah redha.  

**gambar hiasan credit to Haris Alphashooter