THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Pages

Tuesday, November 22, 2011

Gitar Idaman!


mmg perghh
ni la guitar yang aq nak sangat2!
tapi mahal giler
dalam 4ribu-5ribu
tu pun yg biasa punya

aq noob gitar
aq tau main lagu jiwang (lagu yg slow)
nak main gitar ni x cukup kalau minat je
kena ade bakat terpendam kot, at least

mcm aq ni, satu apa pun tarak
yg ada minat je

aq minat gitar ni sbb bunyi dia mmg buat kita lalai
orang kata benda yg buat kita lalai ni la yg kita suka
lpas tu, design gitar ni mmg style giler
ter'superb'
ni gitar ni milik synyster gate

harap2 kalau ade rezki, dapatla berpeluang mempunyai gitar superb nih
hehehe

Harimau Muda



perghh
mmg style kot pemain Malaysia bawah 23tahun bermain
tapi sayang, Fakri byk lepaskan peluang..serius, byk gile kot peluang die
jaringan pembukaan daripada indo mmg membimbangkan keadaan

tapi gol penyamaan dari Asra pemain no 6 dapat meneutralkan situasi

aq x tengok 1st half pun, tgk replay je
sbb ade test material engineering kot
aq rase dapat 10/60 agaknye
alaahaai, x susah, tapi x mudah
aq yg malas

2nd half permainan, aq tgk kat kafe Jaya
naik motor dari dewan utama ke kafe
sekali lagi naik dgn khai
dia bawak laju gile
xguna ko khai

mmg semangat berkobar2
aq pakai baju Malaysia kot
dekat kafe Jaya dorang buat mcm tayangan guna screen show
mmg puas hati la

masa penalti selepas masa tambahan tamat tu
mmg genting giler
penalti kot
kalau menang, sbb keeper power
kalau kalah, kalah nasib

syukur menang 4-3
jaringan kapten, Badrol mcm mau xmau je gol, last2 gol jugak
yeahhh!

hmm, kalau depa duk tutup lutut lg la aq respect..hehe
aq sendiri ni pun sama ja..kuikuikui

dgn ini,
aq umumkan besok aq cuti dari pukul 8.00am-10.00am (mmg xde kuliah pun)

tenang tido malam ni
huhu..

Sunday, November 20, 2011

Syukur

7.30pm

19/11/2011 bersamaan dgn hari sabtu

aq berpeluang mendengar kuliah maghrib dari seorang Ustaz,
yg rendah diri karakternya
minat fotografi
hensem (serius)
memakai kopiah putih

namanya Ustaz Azhar Idrus

mesti orang tgk aq ni pelik kalau pegi kuliah maghrib, sbb nak solat jemaah maghrib kat surau pun susah..huhu
hal ini demikian sbb aq minat sangat2 dgn Ustaz Azhar
kali pertama aq tgk video beliau, ialah video Ustaz membidas Ustazah Masyitah d youtube.com
mmg mantap bersandarkan nas-nas yg kukuh
sejak tu aq selalu tgk Ustaz bagi kuliah, tazkirah dan ceramah d youtube.com
byk juga video2 yg aq download

mmg kelihatan aneh sikit orang mcm aq ni suka tgk ceramah
serius aq ckp, kalau korang tgk ceramah beliau, mmg nak dgr berkali2

so, semalam, aq and the gang pi surau Al-Fatih kat permatang pauh
kitorang smpai lambat sikit sbb xtau lokasi sebenar..
kami 4 orang naik 2 motor..aq x post kat fesbuk sbb kalau kantoi dgn parents, siap!
Khai bawak motor laju gile, masa naik motor tu aq bertasbih, bertahmid, mengucap syahadah dan mcm2 lagi..helmet yg aq pakai rasa mcm nak tercabut je masa khai bawak motor tu..
xguna ko khai

2 masjid kot kitorang pergi, yg ketiga baru betul..rupanya surau, bukan masjid

kitorang solat maghrib dekat masjid pertama yg kami pergi, masjid jamek
sampai je dekat surau, Ustaz Azhar baru je mula tazkirah..

xsure apa tajuk tazkirah, tapi isi tazkirah semalam banyak diingatkan utk mantapkan akidah kita

syukur alhamdulillah, selama ni tgk kat youtube je, akhirnya dapat dgr tazkirah Ustaz secara live!

semalam aq rasa mcm berada di zaman Rasulullah
yg mana orang ramai berkumpul,
duduk lutut bertemu lutut,
yg muda, yg tua
wangi-wangian

walaupun hujan, orang x berkurang malah bertambah
aq x nmpak sorang pun yg tido masa tazkirah disampaikan

Ustaz pandai menghiburkan hati orang, tanpa menyakiti hati mana2 pihak pun
lepas tu Ustaz berani menegur mufti2, imam2 yg berada d malaysia ni
tegur pasal hukum hudud yg sepatutnya dilaksanakan
pasal xde sorang pun yg berani persoalkan kasino yg ade kat genting skrg ni

mereka punyai kuasa yg membolehkan mereka bersuara, tapi mereka x bersuara

satu lagi yg hebat ttg Ustaz Azhar, beliau dapat menjawab semua masalah yg berlaku sekarang ni
contohnya, ttg; boleh atau tidak tidur semasa kerja, walaupun semua kerja sudah siap.
hingga ke soalan yg remeh; apa hukum bertepuk tangan.

Ustaz akan menjawab berdasarkan beberapa hadith2 soheh dan ayat Al-Quran
sbb tu la ramai yg merujuk kepada ustaz

dalam menjawab soalan juga, Ustaz menyelitkan gurauan.
serius, mmg kelakar giler

selepas Ustaz menyampaikan tazkirah, Ustaz menjawab beberapa soalan dan terus menunaikan solat fardhu Isya' berjemaah

lepas tu aq bercadang nak bergambar dgn Ustaz
kami tunggu di bangku kerusi sementara Ustaz menjamu hidangan di sebuah bilik sebelah surau
korang tau x, Ustaz makan ramai2 guna dulang je..mcm morikh tym puasa

dalam 20min kemudia, Ustaz keluar dari bilik,
dan menyarungkan kasut
masa tu la masa paling indah, aq dapat lihat Ustaz dari jarak yg dekat
aq nak pegi salam dan peluk Ustaz, tapi x kesampaian sbb orang ramai sgt..
huhuhu..tensyen weh

lepas tu Ustaz jalan masuk ke dalam BMW yg dipandu oleh seorang brader drebar
walaubagaimanapun, tensyen td dapat diubati sbb Ustaz melambaikan tangannya kat kitorang dari cermin pintu kereta
ok, Ustaz lambai guna 2 tangan, lucu2 ni..hahaha

kalau Ustaz mai penang, aq nak pegi lg!
insyaAllah







Friday, November 18, 2011

Angry Bird

ni la team bola kitorang; Angry Bird.

memang ganteng2 belaka.
ceh, bajet..hahaha

1st match kalah bergaya; 1-0
2nd match seri bergaya; 0-0
3rd match pun kalah bergaya; 3-0

so kami tersingkir di peringkat grouping.
tp, secara peribadi aq rasa seronok sbb dapat kenal dgn lebih rapat dgn member2 baru
seronok sbb kalah tu pun iye jugak


kat bawah ni ade nukilan dari sorang brader ntah sape namanya
rupenye Angry Bird ni bawak byk isi tersirat


copy paste;



Angry Bird..

salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple

yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal

semuanya suka bermain game ini

tidakkah anda pernah tertanya-tanya?

Kenapa?

Apa yang best sangat game ni?

Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka

sedar x kita...

jawapannya sebab....

Angry Birds....

dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban

menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan

mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri

tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?

yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!

yang putih pula?

sanggup mengorbankan anaknya!

itu bukanlah satu pengorbanan yang senang

menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad

segala-galanya untuk mencapai satu matlamat

menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."

(At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie

dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh

burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan

malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan

maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah

untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?

tidak

diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza

setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza

jadi diorang susun

sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu

kenapa?

sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?

diorang susun dengan menilai

bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu

maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya

yang reti potong kayu pergi serang kayu

yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu

dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka

untuk detect, apakah kelemahan musuh kita

dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza

bagaimanakah kita ingin menyusun strategi

untuk mencapai ustaziyatul alam

eh silap

untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat

5) Taat

dan sebagai qiyadah

perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang

adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas

dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan

pasti tidak ada orang yang nak main

dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh

jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas

6) Ukhuwah

lastly

kena faham

bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat

itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang

mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya

mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka

kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara

seperti mana kita umat Islam bersaudara

jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya

dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita

daripada musuh yang nampak di dunia

dan juga musuh yang tidak nampak

yang menarik kita ke api neraka

kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita

sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang

kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam

tidak akan wujud game Angry Birds

jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka

begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam

malahan mustahil akan menang gerakan Islam

jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"

(An-Nasr 110:1-3)

sedarlah

pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhuwah dan kesatuan di kalangan umat Islam

dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna

semua yang korang baca tadi

adalah pengajaran daripada Angry Birds

tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat

iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih

kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza

dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...



huhu..



Thursday, November 17, 2011

Study Group


hmm, ni kadang2 ramai yg masih tertanya.
boleh ke kita buat study group bercampur laki dgn perempuan.

ok, bagi aq, kenapa aq nak study group mcm ni
sbb perempuan lagi hebat la
laki terkenal dgn sifat malas

walauapapun kalau kami(laki2) dah start study gila2
mmg kalah la kaum hawa.
ini terbukti k

lagipun,
bg aq kalau study sorang2 mmg xla.
dgn fesbuk, gitar, anak patung depan mata.
hmm, komfem x fokus.


kalau study dgn member2 yg sama jantina pulak
komfem bargosip je kalau yg laki2
yg perempuan asyik melepak kat kedai mamak pulak tgk bola



sbb tu la (bg aq) kalau bercampur mungkin berkesan sikit
mungkin je


ini pandangan ustaz yg aq sanjung sangat2,


ni pula pandangan senior aq yg hebat dalam ilmu agama

    • Mohammad Taufik Ibrahim BETUL2.. stuju ngan Ustaz.. ni pendapat kendiri lak ..
      nak buat study group biarlah dgn org yang paham mmg nak study group..
      Tuesday at 4:03pm ·
    • Khairul Zaman mantap abg Taufik. sebenarnya ada yg was2 sedikit pasal study group nih
      Tuesday at 7:33pm ·
    • Mohammad Taufik Ibrahim bila was2 tinggalkan dik.. ada lagi kan yg sama jantina yang boleh bantu.. klu rasa bolh halang diri drpd memancing fitnah n buat bnda bukan2 masa study group, truskan.. if not, then u shud know the answer..
      Tuesday at 8:14pm ·
    • Khairul Zaman tp, kalau kita yakin dgn niat kita yg satu ; mmg nak study xpa kan? sbb ahli study group yg sy jalankan sekarang ni bukan atas pilihan sy sendiri tp dah ditetapkan, maknanya mmg sy bukn sengaja nak memancing fitnah. setiap kumpulan dibahagikan sma rata yg mna boleh membantu dan yg perlu dibantu.jadi, apa kata abg Taufik?
      Tuesday at 8:35pm ·
    • Mohammad Taufik Ibrahim
      hmm.. abg bukan ustaz untuk selayaknya berkata soal hukum.. agama ini agama yang mudah untuk diamalkan dik.. isi masa study tu dgn yang sepatutnya.. n kurangkan masa untuk bergurau senda.. klu gagal untuk fahamkan semuanya, bantulah diri un...See More
      Tuesday at 8:38pm ·
    • Khairul Zaman trimas abg Taufik, insyaAllah :D
      Tuesday at 8:39pm ·

ni pulak sahabat aq yg jugak hebat


    • Khairul Zaman Ain, apa pandangan ko dgn cara belajar berkumpulan (campur lelaki dgn perempuan) ?
      21 hours ago ·
    • Ahmad Aiman Wazien btl2
      15 hours ago ·
    • Ain Fariyna belajar llki dan pmpn xde mslh..blh je..tp selagi xde keperluan yg memerlukan utk study brsama rasanya perlu dihindarkan
      30 minutes ago ·
    • Ain Fariyna ‎1-sbb kita xtawapakah kehadiran kita pd llki/pmpn itu blh menimbulkn perasaan yg xsepatutnya
      30 minutes ago ·
    • Ain Fariyna ‎2-mungkin kebersamaan kita dgn llki/pmpn trsebut blh terdedah pd fitnah manusia
      29 minutes ago ·
    • Ain Fariyna ‎3-pkra2 trsebut blh menghampirkn kita pd zina..zina skopnye luas..so?kdg2 time2 blaja kita suka tgk muka dia laa..ske dgr suara dia laa..suka tgk dia senyum laa..mcm2..pkra2 trsebut blh menggelapkn hati kita..sbb tujuan nk blaja tu dh trpesong jauh..
      27 minutes ago ·
    • Ain Fariyna kt u an mesti buat group dgn pmpn n llki an?pkra ni xdpt nk dielakkan..tp sekiranya kita tahu mnjga batasan prgaulan dan mnjaga kehendak syariat..ia tdk mnjdi masalah..
      26 minutes ago ·
    • Ain Fariyna konklusion yg terbaik..selagi tidak ada keperluan yg menharuskan utk study brsama brlainan jantina,maka elakkan bkn shja utk diri kita tp utk agama kita sendiri..
      25 minutes ago ·
    • Khairul Zaman mantap, penjelasan yg sgt berhikamah. jazakallah sahabat
      24 minutes ago ·
    • Ain Fariyna sentiasa fikirkan ke arah masa depan bkn jangka masa pndek..
      24 minutes ago ·
    • Ain Fariyna afwan yaa sahabat:)..brsama2 kita mncri redha allah..
      cuba bwa situasi ini kpd anak2 kita akn dtg..xkn kita nk lihat ank2 kita bersuka ria brgaul dgn kwn brlainanjntina an?so..sblom uat ape2..fikirkn jgk perasaan mak n ayah kita..:)
      21 minutes ago ·




hmm, so kami still buat study group mcm yg dirancang.
setakat ni aq rasa cara ni berkesan utk akdemik.
tapi, kalau nak dapatkan keberkatan menuntut ilmu,
aq rasa better ikut apa yg dah ditetapkan syariat Islam
yakni, boleh study group dgn syarat terjaga batas pergaulan.

insyaAllah,