THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Pages

Sunday, November 20, 2011

Syukur

7.30pm

19/11/2011 bersamaan dgn hari sabtu

aq berpeluang mendengar kuliah maghrib dari seorang Ustaz,
yg rendah diri karakternya
minat fotografi
hensem (serius)
memakai kopiah putih

namanya Ustaz Azhar Idrus

mesti orang tgk aq ni pelik kalau pegi kuliah maghrib, sbb nak solat jemaah maghrib kat surau pun susah..huhu
hal ini demikian sbb aq minat sangat2 dgn Ustaz Azhar
kali pertama aq tgk video beliau, ialah video Ustaz membidas Ustazah Masyitah d youtube.com
mmg mantap bersandarkan nas-nas yg kukuh
sejak tu aq selalu tgk Ustaz bagi kuliah, tazkirah dan ceramah d youtube.com
byk juga video2 yg aq download

mmg kelihatan aneh sikit orang mcm aq ni suka tgk ceramah
serius aq ckp, kalau korang tgk ceramah beliau, mmg nak dgr berkali2

so, semalam, aq and the gang pi surau Al-Fatih kat permatang pauh
kitorang smpai lambat sikit sbb xtau lokasi sebenar..
kami 4 orang naik 2 motor..aq x post kat fesbuk sbb kalau kantoi dgn parents, siap!
Khai bawak motor laju gile, masa naik motor tu aq bertasbih, bertahmid, mengucap syahadah dan mcm2 lagi..helmet yg aq pakai rasa mcm nak tercabut je masa khai bawak motor tu..
xguna ko khai

2 masjid kot kitorang pergi, yg ketiga baru betul..rupanya surau, bukan masjid

kitorang solat maghrib dekat masjid pertama yg kami pergi, masjid jamek
sampai je dekat surau, Ustaz Azhar baru je mula tazkirah..

xsure apa tajuk tazkirah, tapi isi tazkirah semalam banyak diingatkan utk mantapkan akidah kita

syukur alhamdulillah, selama ni tgk kat youtube je, akhirnya dapat dgr tazkirah Ustaz secara live!

semalam aq rasa mcm berada di zaman Rasulullah
yg mana orang ramai berkumpul,
duduk lutut bertemu lutut,
yg muda, yg tua
wangi-wangian

walaupun hujan, orang x berkurang malah bertambah
aq x nmpak sorang pun yg tido masa tazkirah disampaikan

Ustaz pandai menghiburkan hati orang, tanpa menyakiti hati mana2 pihak pun
lepas tu Ustaz berani menegur mufti2, imam2 yg berada d malaysia ni
tegur pasal hukum hudud yg sepatutnya dilaksanakan
pasal xde sorang pun yg berani persoalkan kasino yg ade kat genting skrg ni

mereka punyai kuasa yg membolehkan mereka bersuara, tapi mereka x bersuara

satu lagi yg hebat ttg Ustaz Azhar, beliau dapat menjawab semua masalah yg berlaku sekarang ni
contohnya, ttg; boleh atau tidak tidur semasa kerja, walaupun semua kerja sudah siap.
hingga ke soalan yg remeh; apa hukum bertepuk tangan.

Ustaz akan menjawab berdasarkan beberapa hadith2 soheh dan ayat Al-Quran
sbb tu la ramai yg merujuk kepada ustaz

dalam menjawab soalan juga, Ustaz menyelitkan gurauan.
serius, mmg kelakar giler

selepas Ustaz menyampaikan tazkirah, Ustaz menjawab beberapa soalan dan terus menunaikan solat fardhu Isya' berjemaah

lepas tu aq bercadang nak bergambar dgn Ustaz
kami tunggu di bangku kerusi sementara Ustaz menjamu hidangan di sebuah bilik sebelah surau
korang tau x, Ustaz makan ramai2 guna dulang je..mcm morikh tym puasa

dalam 20min kemudia, Ustaz keluar dari bilik,
dan menyarungkan kasut
masa tu la masa paling indah, aq dapat lihat Ustaz dari jarak yg dekat
aq nak pegi salam dan peluk Ustaz, tapi x kesampaian sbb orang ramai sgt..
huhuhu..tensyen weh

lepas tu Ustaz jalan masuk ke dalam BMW yg dipandu oleh seorang brader drebar
walaubagaimanapun, tensyen td dapat diubati sbb Ustaz melambaikan tangannya kat kitorang dari cermin pintu kereta
ok, Ustaz lambai guna 2 tangan, lucu2 ni..hahaha

kalau Ustaz mai penang, aq nak pegi lg!
insyaAllah







0 comments: